Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga.
Banyakkan bersedekah. Berikut ini beberapa dalil yang menyatakan dengan
bersedekah, seseorang itu boleh menjadi kaya atau dimurahkan rezekinya.
Sedekah Menjadi Sebab Allah Membuka Pintu Rezeki
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu
rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair,
ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim
oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka
siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah
membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya.”
H.R. ad-Daruquthni dari Anas r.a.
Sedekah digandakan 700 kali ganda.
Fadhilat bagi orang yang bersedekah amat besar
seperti mana terdapat keterangan di dalam al-Quran dan hadis. Jika kita
amat amati ayat al-Quran berikut, kita akan dapat mengira bahawa
sekurang-kurangnya setiap harta yang dikeluarkan ke jalan Allah akan
dibalas dengan kiraan melebihi 700 kali ganda. Selain itu, mereka
dijandikan dengan kehidupan yang mudah:
Allah Ta’ala berfirman: “Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh)
orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir
seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia
kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui” .
(Al Baqarah (2) : 261)
Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.